Pada zaman yang
berteknologi ini, internet merupakan salah satu teknologi yang sangat
penting dan berguna dalam kehidupan manusia. Ia dapat memudahkan kerja
harian manusia seperti mencari maklumat, membuat kerja, membayar
pelbagai bayaran dan sebagainya. Dengan ini, ia telah membuktikan bahawa
ia juga boleh digunakan dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun,
mengapakah menggunakan internet dalam bilik darjah?
Pertama sekali,
internet terdapat pelbagai bahan bantu mengajar. Guru boleh mendedahkan
pelajar-pelajarnya kepada bahan bantu mengajar yang berlainan dalam
internet selain daripada bahan bantu mengajar yang dibuat oleh guru
sendiri. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mendapatkan pelbagai ilmu
pengetahuan dengan baik dan cepat. Contohnya, internet mempunyai bahan
bantu mengajar yang berlainan seperti puzzles, kad imbasan, buku cerita,
permainan dan sebagainya.
Selain itu,
penggunaan internet dalam bilik darjah juga boleh menarik perhatian
pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar akan menumpukan perhatian apabila guru
mengajar dengan menggunakan internet daripada papan tulis terutamanya
pelajar yang tidak suka belajar semasa guru mengajar. Contoh perkara
yang menarik perhatian pelajar adalah bermain sambil belajar,
berwarna-warni, animasi, bermotivasi, sokongan dalam perkataan, dan
sebagainya.
Tambahan pula,
penggunaan internet dalam bilik darjah dapat menyeronokan para pelajar.
Bahan bantu mengajar dalam internet dapat menyeronokan pelajar
berbanding dengan mengajar menggunakan buku teks. Contohnya, internet
mempunyai animasi bagi mata pelajaran sains yang boleh memberi
pembelajaran untuk para pelajar sementara menyeronokan mereka berbanding
dengan guru mengajar mengikut buku teks dan papan tulis.
Selain daripada
itu,guru dan para pelajar juga boleh mendapat pelbagai rujukan daripada
internet. Untuk mengetahui sesuatu, guru ataupun pelajar boleh mencari
pelbagai rujukan daripada internet dengan mudah dan cepat. Contohnya,
buku teks, buku rujukan, persoalan dalam bidang sains dan sebagainya.
Di samping itu,
penggunaan internet dalam bilik darjah boleh mendedahkan teknologi
canggih kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar boleh mula menyesuaikan
diri dengan teknologi yang semakin canggih pada masa ini supaya tidak
ketinggalan zaman. Contohnya, pelajar yang boleh menggunakan internet
atau teknologi canggih yang lain mampu mendapat kerja dengan mudah
berbanding kepada mereka yang tidak pandai menggunakannya. Mereka juga
boleh memajukan negara kita dengan pengetahuan teknologi mereka.
Kesimpulannya,
penggunaan internet dalam bilik darjah mempunyai pelbagai sebab yang
memberi kesan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat
memastikan para pelajar dapat belajar dengan gembira dan ilmu
pengetahuan lebih mudah diperolehi daripada kegembiraan. Para guru harus
menggunakan internet dalam bilik darjah dengan mengikut masa yang
tertentu untuk meningkatkan tahap pendidikan di negara kita.
No comments:
Post a Comment