Kanak-kanak pada
zaman milenium ini, kanak-kanak boleh mendapatkan banyak maklumat
tentang negara, sistem pendidikan, budaya, teknologi, pertanian dan
geografi dengan melayari internet. Golongan kanak- kanak masa lampau
terpaksa menghabiskan masa yang lama di perpustakaan untuk mendapatkan
maklumat. Kadangkala maklumat yang dicari sukar didapati. Kini,
kanak-kanak mendapat semua maklumat yang diperlukan dengan hanya menekan
butang komputer. Dengan bantuan internet, kanak-kanak boleh mendapatkan
bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki secara mudah. Capaian kepada
internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel),
carian fail Archie, kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting).
Internet juga membenarkan komunikasi antara kanak-kanak di seluruh
dunia. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan
mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia.
Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan
geografi antara rakan siber mereka.
Pertukaran maklumat
antara kanak-kanak boleh membantu proses pengembangan mental dan
psikologi mereka sepanjang proses tumbesaran. Internet memberi peluang
kepada kanak-kanak membuat analisis yang lebih mendalam ke atas subjek
yang diminati. Perpustakaanperpustakaan di seluruh dunia merupakan
sumber kepada kanak-kanak untuk pengkajian terhadap sesuatu subjek dalam
pembelajaran mereka. Jika maklumat yang dicari tidak terdapat di
perpustakaan tempatan, maklumat ini dapat diperoleh dan perpustakaan di
luar negara.
Kanak-kanak boleh
didedahkan kepada internet dengan penyeliaan ibu bapa. Kanak-kanak
didedahkan kepada penggunaan e-mel untuk menghantar berita, maklumat dan
foto tentang pelbagai topik. Mereka berkongsi maklumat. Semakin matang
pemikiran mereka, kanak-kanak dibenarkan melanggan dan menyumbang buah
fikiran kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi berita dan
pengalaman. Kanak-kanak yang didedahkan kepada World Wide Web (www)
dapat mencari maklumat yang dikehendaki.
Di peringkat umur
yang muda ini, kanak-kanak terdedah kepada pelbagai masalah sosial
seperti lepak, bohsia dan kegiatan di kelab-kelab malam dan disko.
Dengan adanya internet, kanak-kanak ini tidak akan keluar rumah. Mereka
menghabiskan masa melayari internet mencari maklumat ataupun membaca
pelbagai bahan menarik yang dipaparkan. Mereka dapat menyesuaikan minat
seperti membina enjin kapal terbang, kereta, motosikal dan kereta api
sebagai hobi. Im bukan sahaja mengisi masa lapang kanak-kanak, malahan
meningkatkan kecerdasan otak.
Internet juga dapat
memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang berkesan.
Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan
kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang
ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk
mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan
ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu, kanak-kanak
yang tinggal di kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh tutor maya
yang berupaya mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang paling
menarik. Oleh itu, golongan kanak-kanak senang tertarik dan ingatan
mereka bertambah baik.
Kesimpulannya,
pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan kanak-kanak
kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan
bertukar-tukar pendapat dengan penduduk di seluruh pelosok dunia.
Perkembangan ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan
interaksi antara individu menjadi semakin mudah.
No comments:
Post a Comment