Wednesday, 7 December 2011

Minggu 11 - kegunaan wordpress dlm pnp

1. Mendorong siswa untuk selalu mendokumentasikan apa yang ada di dalam fikiran mereka, termasuk di antaranya adalah pengetahuan, pengalaman, perasaan, pendapat, dan lain-lain, dengan kaedah yang paling sesuai dengan diri masing-masing, sama ada dari segi tulisan, gambar, suara, atau video. 
Setiap buah pikiran yang berhasil mereka dokumentasikan, sebaiknya diberi apresiasi agar mereka juga semakin terdorong untuk mendokumentasikan pengetahuan yang mereka punya. Apresiasi tersebut harus berupa tanggapan, pengakuan, pujian, dan bahkan kritikan atas apa yang mereka berhasil dokumentasikan.

2. Menggantikan kelas-kelas yang selama ini selalu terbatas pada waktu, sehingga proses pembelajaran pun dapat diselenggarakan dengan lebih fleksibel.

3. Cara yang efektif untuk meningkatkan minat belajar para siswanya kerana pelajaran tidak disusun dalam suatu bahasa yang formal tetapi lebih santai.

4. Memperkenalkan teknologi internet di kalangan pelajar dan pengajar. Teknologi yang semakin canggih ini perlu dimanfaatkan semaksima mungkin, diharapkan dapat menghasilkan suatu perubahan besar, tidak hanya di bidang pendidikan, bahkan mencakup semua bidang.

Week10: camtasia


Use Camtasia to…
·   Record PowerPoint presentations, websites, webcams, and software demos easily
·   Edit screencasts to perfection by cutting, splicing, adding transitions, and captions
·   Produce your video in many formats, or share to YouTube or Screencast.com
Good for…
Business  :  Can produce slick, professional-looking videos. Just record a product demo, or sales presentation, edit as needed, and post it online.
Training  : Create on-demand interactive training and support videos for instant viewing. Screencasts are perfect for rolling out new software, orienting new staff, showing customers how to use your product
Education : Record a live presentation or lecture and give students a rewind button for class. 

Week 9: jing


Jing is free software you can use to make a narrated video (if you have a microphone) showing how to do something on a computer. It records your mouse, and everything you click on and show on your screen. 


Use Jing to…

·   Take Screenshots: Capture an image of what you see on your computer screen
·   Record Screencasts: Record what you see and do on your monitor
·   Collaborate: Jing’s older siblings – Snagit and Camtasia - are great for editing and enhanced sharing
Jing use for…
Business : Add notated screenshots to all your online conversations, or create a quick tutorial video you can share with the entire company.
Education : Give your students the information they need, when they need it. Use Jing to record your feedback as you grade papers, or take a snapshot to share with your class. Your students can even use it to collaborate, or ask questions!

Minggu 8: web yang dapat ajar kanak-kanak


*     Membantu guru mencari bahan-bahan seperti buku  untuk membantu guru mengajar


Ò Bahan-bahan mengajar untuk guru ataupun ibu bapa
Ò Contoh : kuiz, lagu, berita, dan carian


Ò Mempunyai bahan seperti ‘flash card’ , gambar untuk diwarna kan yang boleh dimuat turun, lagu, helaian aktiviti dan sebagainya


Ò Mempunyai variasi bahan seperti lagu, cerita, teori, lembaran kerja dan banyak lagi


Ò Memberikan panduan kepada ibu bapa, remaja, dan kanak-kanak
Ò Mempunyai buku aktiviti dan mewarna, perisian pembelajaran, permainan pembelajaran dan pautan web

Ò Mengajar warna, flash card, bentuk, haiwan, dan lain-lain
Ò Mempunyai tiga bahasa iaitu bahasa inggeris, mandarin, dan cantonis

Minggu 7 -Refleksi pelajaran dan pembentangan


Izwan           : disleksia
Zaqwan        : disleksia
Majorie          : haiwan
Sukri             : matematik
Faridatul Jamalia     : 5 subjek kanak-kanak

Week 6 - how to use internet in your classroom


ü  Before we use the internet, we should set up the computer first. Here are some tips that we can take before using internet in the classroom ;
o   Location
The location of your computers is something that we don’t often appreciate. A good location should have all the computer screens facing one direction so teacher can quickly glance over to see who is on task and who needs help. If we set the computers up in pods or circles, we wouldn’t be able to see what’s happening. This is just good classroom management.
o   Headphones and Speakers
Although most computers come with speakers these days, that’s only one part of the equation. Headphones are equally important in a classroom environment. Headphones allow the students to turn the volume up and not disturb the classroom.
o   Educational Software
It’s not enough to set up the computer and tell the kids to go to the Internet and learn. You must install software. More often than not, you don’t get to participate in the decision making process when it comes to purchasing software. If there’s any way you can participate in the software purchasing process, do so. Be aware that if you want your opinion heard, you have to earn that right. This means extra work. You may have to do research and test out software to see if it’s what you want.
o   You might be looking for software that focuses on a particular skill, like map reading, or you might want software that’s broader in scope, tutoring students in geometry, for example.
o   Security Software
Keep in mind that your computer is going to be used by many students. Sometimes students can accidentally delete a file, remove a desktop item or render a piece of software useless. You need something to prevent this from happening. Security software like Fortres puts blocks on the computer to stop children from deleting or installing something potentially harmful. Deep Freeze is another popular product. It allows students to make any changes they want to a computer, but when the machine is restarted, the damage is undone. I find software like this invaluable. I highly recommend it.
o   Extras
The little things can make a big difference on a computer. Here’s a list of free software “extras” that I install on every machine during set up.
o   Adobe Acrobat Reader - PDF is a universal format that many documents are written in. If you have students on the Internet, you’ll need this.
o   Google Toolbar - The pop-up stopper on this toolbar is a little blessing. It will help prevent kids from being inundated with window after window.
o   Flash Player and Shockwave Player - Both players allow for certain types of animation to run on your computer.
o   Real Player and QuickTime Player - Both players allow for a variety of multi-media files to play on your computer. Many audio and video files on the Internet are written in one of these two formats.

Wednesday, 30 November 2011

Minggu 5- my future classroom

Classroom, as a future teacher, I must have my future classroom. As we know, children nowadays are very close with all those gadgets that are very advanced. For example, in the early age of 4, kids can have their own gadgets such as iphone, laptop, iPad and handpone. So, as a future kindergarten teacher, I expect that my future classroom must have very sophisticated students.
From now, I already imagine that my future classroom will full of technologies. I am not say that I will teach all my students with all those technologies but I believe that maybe half of my class’s student are very internet’s expert. So, from now onwards, I should think what kind of my teaching’s way.
First of all, when I am teaching, I will use the LCD’s to my students some examples of the subject that I want to teach them. I will show them the videos from the youtube or from other resources that I get from the internet.
Secondly, my students maybe will bring their own laptop to kindergarten. It’s not a suprises because children nowadays already expert on using those gadget. So, it will be easier for them to learn and they will more understand the subject that I taught because they explore it themselves.
Although I plan that my future classroom wil be more sophisticated, but I wil not just teach them using the technologies. It’s because, I want them to explore the nature also. I want my students have a strong social development, linguistic and physical development. So, they have to play among oher children. I can camduct an activity that involve interaction among my student such as play with the sand, and play a tradisional games like ‘Nenek-nenek Si Bongkok Tiga’ or ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’. All those grouping games are very good for social interaction among them.
I think that’s all that I think my future classroom are. I will work for it and do my best for my future classroom.

Minggu 4- TIADA

Minggu 3- mengapa menggunakan internet di dalam bilik darjah?

Pada zaman yang berteknologi ini, internet merupakan salah satu teknologi yang sangat penting dan berguna dalam kehidupan manusia. Ia dapat memudahkan kerja harian manusia seperti mencari maklumat, membuat kerja, membayar pelbagai bayaran dan sebagainya. Dengan ini, ia telah membuktikan bahawa ia juga boleh digunakan dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, mengapakah menggunakan internet dalam bilik darjah?
Pertama sekali, internet terdapat pelbagai bahan bantu mengajar. Guru boleh mendedahkan pelajar-pelajarnya kepada bahan bantu mengajar yang berlainan dalam internet selain daripada bahan bantu mengajar yang dibuat oleh guru sendiri. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan dengan baik dan cepat. Contohnya, internet mempunyai bahan bantu mengajar yang berlainan seperti puzzles, kad imbasan, buku cerita, permainan dan sebagainya.
Selain itu, penggunaan internet dalam bilik darjah juga boleh menarik perhatian pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar akan menumpukan perhatian apabila guru mengajar dengan menggunakan internet daripada papan tulis terutamanya pelajar yang tidak suka belajar semasa guru mengajar. Contoh perkara yang menarik perhatian pelajar adalah bermain sambil belajar, berwarna-warni, animasi, bermotivasi, sokongan dalam perkataan, dan sebagainya.
Tambahan pula, penggunaan internet dalam bilik darjah dapat menyeronokan para pelajar. Bahan bantu mengajar dalam internet dapat menyeronokan pelajar berbanding dengan mengajar menggunakan buku teks. Contohnya, internet mempunyai animasi bagi mata pelajaran sains yang boleh memberi pembelajaran untuk para pelajar sementara menyeronokan mereka berbanding dengan guru mengajar mengikut buku teks dan papan tulis.
Selain daripada itu,guru dan para pelajar juga boleh mendapat pelbagai rujukan daripada internet. Untuk mengetahui sesuatu, guru ataupun pelajar boleh mencari pelbagai rujukan daripada internet dengan mudah dan cepat. Contohnya, buku teks, buku rujukan, persoalan dalam bidang sains dan sebagainya.
Di samping itu, penggunaan internet dalam bilik darjah boleh mendedahkan teknologi canggih kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar boleh mula menyesuaikan diri dengan teknologi yang semakin canggih pada masa ini supaya tidak ketinggalan zaman. Contohnya, pelajar yang boleh menggunakan internet atau teknologi canggih yang lain mampu mendapat kerja dengan mudah berbanding kepada mereka yang tidak pandai menggunakannya. Mereka juga boleh memajukan negara kita dengan pengetahuan teknologi mereka.
Kesimpulannya, penggunaan internet dalam bilik darjah mempunyai pelbagai sebab yang memberi kesan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat memastikan para pelajar dapat belajar dengan gembira dan ilmu pengetahuan lebih mudah diperolehi daripada kegembiraan. Para guru harus menggunakan internet dalam bilik darjah dengan mengikut masa yang tertentu untuk meningkatkan tahap pendidikan di negara kita.

Minggu 2- Kebaikan internet kpd kanak-kanak

Kanak-kanak pada zaman milenium ini, kanak-kanak boleh mendapatkan banyak maklumat tentang negara, sistem pendidikan, budaya, teknologi, pertanian dan geografi dengan melayari internet. Golongan kanak- kanak masa lampau terpaksa menghabiskan masa yang lama di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kadangkala maklumat yang dicari sukar didapati. Kini, kanak-kanak mendapat semua maklumat yang diperlukan dengan hanya menekan butang komputer. Dengan bantuan internet, kanak-kanak boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki secara mudah. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail Archie, kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting). Internet juga membenarkan komunikasi antara kanak-kanak di seluruh dunia. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.
Pertukaran maklumat antara kanak-kanak boleh membantu proses pengembangan mental dan psikologi mereka sepanjang proses tumbesaran. Internet memberi peluang kepada kanak-kanak membuat analisis yang lebih mendalam ke atas subjek yang diminati. Perpustakaanperpustakaan di seluruh dunia merupakan sumber kepada kanak-kanak untuk pengkajian terhadap sesuatu subjek dalam pembelajaran mereka. Jika maklumat yang dicari tidak terdapat di perpustakaan tempatan, maklumat ini dapat diperoleh dan perpustakaan di luar negara.
Kanak-kanak boleh didedahkan kepada internet dengan penyeliaan ibu bapa. Kanak-kanak didedahkan kepada penggunaan e-mel untuk menghantar berita, maklumat dan foto tentang pelbagai topik. Mereka berkongsi maklumat. Semakin matang pemikiran mereka, kanak-kanak dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman. Kanak-kanak yang didedahkan kepada World Wide Web (www) dapat mencari maklumat yang dikehendaki.
Di peringkat umur yang muda ini, kanak-kanak terdedah kepada pelbagai masalah sosial seperti lepak, bohsia dan kegiatan di kelab-kelab malam dan disko. Dengan adanya internet, kanak-kanak ini tidak akan keluar rumah. Mereka menghabiskan masa melayari internet mencari maklumat ataupun membaca pelbagai bahan menarik yang dipaparkan. Mereka dapat menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal terbang, kereta, motosikal dan kereta api sebagai hobi. Im bukan sahaja mengisi masa lapang kanak-kanak, malahan meningkatkan kecerdasan otak.
Internet juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu, kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh tutor maya yang berupaya mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu, golongan kanak-kanak senang tertarik dan ingatan mereka bertambah baik.
Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan kanak-kanak kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan bertukar-tukar pendapat dengan penduduk di seluruh pelosok dunia. Perkembangan ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara individu menjadi semakin mudah.

Minggu 1- pengenalan kepada kursus

  • Dr memberikan tajuk-tajuk kursus kepada kelas..
  • pengenalan kepada kod kursus, tarikh peperiksaan dan sebagainya.